PENGENALAN


pandangan hadapan

Batu 19 1/2, Kampung Padang Sebang, Alor Gajah, Melaka. Rumah tradisional yang berukuran lebih kurang 25 x 18 kaki ini terletak diatas tanah yang berkeluasan 2 ekar. Menurut pemilik rumah iaitu Tuan Hj. Hashim in Tahar, rumah ini diwarisi kepada beliau oleh ibunya. Menurut anggaran beliau, rumah tradisional ini telah berusia lebih 100 tahun. Menurut beliau juga, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah membuat beberapa pengiraan keatas kos rumah ini. Menurut PERZIM, telah dianggarkan bahawa nilai rumah tradisional ini adalah RM 1.2 juta. Rumah ini menggunakan sistem selak dan tanggam yang mana tidak ada unsur paku digunakan semasa pembinaannya. Terdapat pelbagai ukiran yang dapat diperlihatkan pada rumah tradisional ini dan motif utama ukirannya adalah berasaskan Flora dan ukiran ikan pada hujung bumbung rumah. Senibina rumah tradisional ini banyak dipengaruhi oleh kebudayaan CinaPertugis dan Minang.

En Hashim Tahar


Tuan Hj. Hashim Bin Tahar merupakan seorang persara kerajaan yang berumur 64 tahun. Beliau mempunyai seorang isteri dan telah dikurniakan dengan 5 orang cahaya mata.


2 comments:

  1. Salam hormat,

    Rumah ini memang menjadi daya tarikan orang ramai kerana dari segi reka bentuk luarannya. Sekali imbas memandangnya akan membuatkan anda leka dan khayal serta asyik seolah-olah kita kembali ke zaman silam.

    mohlah kito poie tengok, samo-samo.

    - Dj Mansor Abu Bakar,
    PRO TVSelangor.- 019-6622585'
    (Anak Jati Tanjong Rimau Dalam).

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum
    Rumah tradisional ini kembarnya ada di Kampung Gadek. Dulunya di bina tahun 1927 oleh moyang saya Hj Nordin.

    ReplyDelete