Sunday 10 February 2013

LOKASI MENARIK

Selain dari tarikan yang memang ada pada Rumah Tradisional ini, lokasi rumah ini sangat strategik kerana terletak diantara dua tarikan utama daerah Alor Gajah iaitu, Gadek Hot Spring (Kolam Air Panas Gadek) dan A' Famosa Resort.


Pintu Masuk Air Panas Gadek
A'Famosa Resort
Untuk maklumat lanjut: Website untuk Air Panas Gadek , Website untuk A' Famosa Resort



Sunday 3 February 2013

TOMBOL PINTU

Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah tradisional ini, keunikannya telah mula terserlah melalui pemilihan tombol pintu oleh pemilik rumah. Rumah ini menggunakan tombol pintu yang diperbuat dari batu marmar yang dilicinkan. Badan tombol pintu pula diperbuat dari besi. Nilai pasaran bagi tombol pintu ini bermula dari  $2.77 - $ 45 seunit. 
Tombol pintu dari batu marmar dan badannya dibuat dari besi.
gambar hiasan

gambar hiasan
gambar hiasan


gambar hiasan

gambar hiasan

Saturday 2 February 2013

ENGSEL PINTU

Rumah tradisional ini masih mengekalkan senibina dan alatan yang asal. Kebanyakkan kelengkapan rumah yang lama masih dikekalkan. Engsel pintu rumah ini tidak pernah ditukar melainkan beberapa engsel yang lain yang mana telah rosak dimamah usia.   

Engsel pintu yang terdapat pada bingkai pagar kecil. 
Berdasarkan beberapa kajian yang telah dilakukan, dapat dinyatakan bahawa engsel pintu ini mempunyai reka bentuk yang amat terkenal pada zaman Victorian dan Mid-century. Engsel pintu ini berkemungkinan besar di import dari luar negara dan di bawa masuk melalui aktiviti perdagangan pada zaman dahulu. 

Engsel jenis ini amat sukar untuk didapati di dalam Malaysia namun terdapat syarikat luar negara yang menghasilkan engsel seperti ini. Purata harga engsel seperti ini berada dalam lingkungan $40 dan keatas. 

Contoh engsel yang mempunyai fungi yang sama yang dihasilkan pada masa kini: 

Thursday 31 January 2013

SISTEM TANGGAM


Dalam binaan rumah warisan Melayu, kaedah tanggam merupakan cara sambungan kayu atau satu kaedah yang menggabungkan setiap bahagian tunggal bangunan supaya membentuk satu ikatan atau jalinan rangka yang teguh. Ini adalah kerana kekuatan keseluruhan kerangka bangunan bergantung pada kualiti jalinan kaedah tanggam. Namun begitu, alat-alat pertukangan tradisional seperti beliung, kapak, baji, pahat, ketam kayu, penukul kayu dan gergaji alang membantu dalam pembuatan kaedah tanggam warisan.


Sebelum kaedah memaku menggunakan paku logam sebagai pilihan penyambungan diperkenalkan, tanggam warisan telah memainkan peranan yang sangat penting sebagai satu kaedah menyambung bahagian bangunan yang lengkap. Dalam pembinaan rumah warisan Melayu, kepentingan kaedah tanggam sudah tidak dapat dinafikan lagi kerana tanpa tanggam bangunan ini tidak dapat didirikan.

Bagi kaedah tanggam yang direka bentuk dengan baik dan dibantu pula dengan pembuatan yang kemas dan berhati-hati, bahagian bangunan yang telah lengkap dan siap dipasang boleh dibuka atau ditanggalkan satu persatu untuk tujuan pengubahsuaian dan boleh dipasang semula.


Kelebihan ini bersesuaian dengan cara hidup bermasyarakat Melayu terdahulu yang mengambil kira pelbagai nilai seperti adat, kehidupan beragama, kekeluargaan dan kemewahan dan sumber rezeki. Pengubahsuaian dan perubahan cara hidup yang dapat dilakukan dengan wujudnya kaedah tanggam ini termasuklah aktiviti perpindahan tapak rumah, penambahan modul rumah, pemecahan bahagian rumah, pengubahsuaian kerangka dan butiran, pengurangan ruang hinggalah penukaran aras lantai tanpa perlu membuang atau merosakkan bahagian binaan.

Sunday 27 January 2013

TINGKAP


Rekabentuk tingkap ram berdaun panjang dan berkekisi yang merupakan salah satu keunikan binaan rumah ini. Tingkap jenis ini berfungsi melalui 2 kaedah. Kaedah yang pertamanya adalah dengan membuka ke luar seperti tingkap berdaun dua yang biasa ditemui, manakala kaedah yang kedua ialah dengan cara membuka kekisi tingkap. Tingkap ini direka sebegitu rupa untuk tujuan keselamatan anak-anak kecil. Tambahan itu, setiap tingkap akan diukir mengikut ukiran bermotifkan flora dan pelbagai.


Tingkap Dibuka


Tingkap ditutup


Terdapat juga empat panel kaca yang berwarna diatas setiap tingkap rumah ini. Panel kaca dengan corak bermotifkan bunga berfungsi sebagai penghadang cahaya. Selain itu, panel kaca ini akan mengeluarkan warna yang cantik bila disinari cahaya matahari. 

Saturday 26 January 2013

UKIRAN

Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

Rumah Melayu Tradisional ini lebih menumpukan kepada teknik ukiran Pola Lengkap. Bentuk ini menggabungkan ciri-ciri bentuk bujang dan bentuk pemidang. Bentuk ini menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan, merangkumi akar, batang, buah, dahan, daun, putik dan sulurnya.


Seni ukiran berbentuk ikan dapat dilihat pada puncak tebar layar. 

 Cucur atap turut diukir agar lebih menampakkan keindahan seni bina rumah ini
Dinding luar rumah diukir dengan ukiran bermotifkan flora.


Kayu Gelegar turut diukir 
Ukiran seakan tulisan cina ini dapat dilihat di setiap tiang di dalam rumah.
Tiang rumah yang mempunyai reka bentuk kebudayaan cina.

Terdapat ukiran pada dinding luar dan di bawah tingkap




Thursday 24 January 2013

JUBIN SERAMIK

Keunikan rumah tradisional Melaka terletak pada tangga batunya. Bila bercakap tentang rumah tradisional Melaka, perkara pertama yang akan terlintas dalam fikiran adalah tangga batunya yang kebiasaanya berwarna cerah dan diperindahkan lagi dengan kecantikan susunan jubin yang berwarna-warni dan corak yang pelbagai. kebiasaanya, tangga batu ini mempunyai bilangan anak tangga yang ganjil seperti 3,5,7 dan 9.   
Tangga batu yang indah ini mempunyai 5 anak tangga.

Disebabkan oleh pengaruh cina yang kuat pada zaman dahulu, kebanyakkan jubin yang digunakan adalah diimport dari China. Jubin yang dipilih akan mempunyai corak yang menarik dan mempunyai motif bunga. keindahan jubin yang digunakan melambangkan kemewahan dan status tuan rumah.
Antara jubin yang menghiasi tangga batu ini.
Selain dari tangga batu, jubin turut menghiasi dinding luar rumah ini.



Add caption

Jubin bermotifkan bunga mawar.
Pada masa kini, sekeping jubin seperti ini boleh mencecah harga $95 di pasaran antarabangsa. http://www.tile-heaven.co.uk/cats/floral.htm

Thursday 17 January 2013

JUBIN BUMBUNG

JUBIN BUMBUNG

Rumah ini meggunakan jubin bumbung jenis 'terracota' iaitu tanah liat yang dibakar. Menurut Encik Hashim, rumah ini menggunakan terracota sebagai atap kerana ianya lebih berkesan dalam mengelak hujan dan mengurangkan haba panas kerana tanah bersifat sejuk. Tambahan pula, jubin tanah melambangkan simbul kekayaan pada ketika itu dimana kebanyakkan rumah sekitar kawasan ini menggunakan atap nipah.

Jubin bumbung Terracota (tanah liat)
Huraian:
Jubin bumbung, bermotif lebah, terracotta, dihasilkan oleh Guichard Carvin et Cie, Marseille St. Andre, Perancis, 1890-1914
Dimiliki oleh:
Wunderlich Limited; Redfern, New South Wales; 1889 - 1969
Tanda:
Tanda penghasil yang bertulis 'GUICHARD CARVIN & CIE / MARSEILLE ST ANDRE'.
Nombor pendaftaran:
A7437-4/16/5 
Tarikh penghasilan:
1890 - 1914
Ukur lebar:
255 mm



Sekeping jubin bumbung terracotta memaparkan motif lebah dan tanda pembuat.
Jubin bumbung Terracota digunakan sebagai jubin bumbung utama bagi rumah ini.






Pandangan bumbung disinari cahaya senja.















(Sila tegur sekiranya mempunyai kesalahan dalam informasi, terima kasih)

Thursday 10 January 2013

RUMAH WARISAN ENCIK HASHIM TAHAR


pandangan hadapan
Batu 19 1/2, Kampung Padang Sebang, Alor Gajah, Melaka. Rumah tradisional yang berukuran lebih kurang 60 x 40 kaki ini terletak diatas tanah yang berkeluasan 2 ekar. Menurut pemilik rumah iaitu Tuan Hj. Hashim in Tahar, rumah ini diwarisi kepada beliau oleh ibunya. Menurut anggaran beliau, rumah tradisional ini telah berusia lebih 100 tahun. Menurut beliau juga, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah membuat beberapa pengiraan keatas kos rumah ini. Menurut PERZIM, telah dianggarkan bahawa nilai rumah tradisional ini adalah RM 1.2 juta. Rumah ini menggunakan sistem selak dan tanggam yang mana tidak ada unsur paku digunakan semasa pembinaannya. Terdapat pelbagai ukiran yang dapat diperlihatkan pada rumah tradisional ini dan motif utama ukirannya adalah berasaskan Flora dan ukiran ikan pada hujung bumbung rumah. Senibina rumah tradisional ini banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Cina, Pertugis dan Minang.

En Hashim Tahar


Tuan Hj. Hashim Bin Tahar merupakan seorang persara kerajaan yang berumur 64 tahun. Beliau mempunyai seorang isteri dan telah dikurniakan dengan 5 orang cahaya mata.



Wednesday 9 January 2013

PERZIM

Perbadanan Muzium Melaka atau dengan nama lainnya (PERZIM) telah menyenaraikan Rumah Tradisional Tuan Hj. Hashim Bin Tahar sebagai salah satu aset sejarah Negeri Melaka. Telah diletakkan sebuah batu penanda oleh PERZIM yang tertera serba-sedikit maklumat berkenaan rumah ini, sekaligus menjadikan rumah Tradisional ini sebagai salah satu muzium dibawah jagaan PERZIM.


Batu penanda ini bertulis " Rumah tradisional Melayu Melaka ini mempunyai keunikan senibina yang dipenuhi dengan ukiran di setiap dinding banggunan rumah ibu, serambi dan anjung. Bumbung ini masih mengekalkan keaslian bumbung genting dan terdapat ukiran pada bahagian perabung. Keaslian rumah ini masih dikelkalkan walaupun terdapat tambahan baru dibahagian dapur. Ini dapat dilihat dari segi struktur utama rumah yang masih mengekalkan fungsi ruang utama seperti serambi dan rumah ibu. Sistem penyambungan struktur kayu utama masih menggunakan teknik tanggam paku dimana kerja, pemotongan dan ukiran adalah menggunakan peralatan tangan dan bukan dengan mesin. Rekabentuk tingkap ram berdaun panjang dan berkekisi yang merupakan salah satu keunikan binaan rumah ini. Namun keaslian rumah ini wajar dikekalkan dan dijadikan sebagai salah satu aset pelancongan di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah ini.".