SEJARAH

Sejarah Padang Sebang dan Pulau Sebang.

       Sejarah kampung padang sebang. merurut penduduk tempatan, padang sebang mendapat nama dari latar tempat itu sendiri. Semasa kampung ini ditemui, kawasan ini hanyalah sebuah dataran yang luas. dan ditengah-tengahnya terdapat sebatang pokok yang bernama Pokok sebang. Oleh yang demikian, mereka memutuskan utk menamakan kawasan tersebut sebagai kampung padang sebang.

       Namun begitu, sejarah asal-usul kampung padang sebang dan kampung pulau sebang saling tak tumpah. mengikut penduduk tempatan, nama Kampung Pulau Sebang diperoleh berdasarkan kepada sebatang pokok yang bernama Pokok Sebang di atas sebuah dataran. Dataran tersebut dipisahkan oleh sebatang sungai di tengah-tengah jelapang padi yang luas dan dipanggil ‘Pulau’. Oleh sebab itu, penduduk kampung telah mengambil keputusan untuk menamakan kampung ini sebagai Pulau Sebang.




No comments:

Post a Comment