Saturday 26 January 2013

UKIRAN

Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

Rumah Melayu Tradisional ini lebih menumpukan kepada teknik ukiran Pola Lengkap. Bentuk ini menggabungkan ciri-ciri bentuk bujang dan bentuk pemidang. Bentuk ini menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan, merangkumi akar, batang, buah, dahan, daun, putik dan sulurnya.


Seni ukiran berbentuk ikan dapat dilihat pada puncak tebar layar. 

 Cucur atap turut diukir agar lebih menampakkan keindahan seni bina rumah ini
Dinding luar rumah diukir dengan ukiran bermotifkan flora.


Kayu Gelegar turut diukir 
Ukiran seakan tulisan cina ini dapat dilihat di setiap tiang di dalam rumah.
Tiang rumah yang mempunyai reka bentuk kebudayaan cina.

Terdapat ukiran pada dinding luar dan di bawah tingkap




No comments:

Post a Comment